Pages

Saturday 6 July 2013

Perjalanan Hidup Guru Baru SK Dallas Part 2

Alhamdulillah sedar tidak sedar sudah 4 hari berada di Negeri di Bawah Bayu. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang berada di sini. Esok merupakan hari terakhir cuti mingguan, dan esok juga untuk kali ketiga saya akan ke Pekan Kota Belud untuk merasai pengalaman berjalan di Tamu Mingguan atau lebih dikenali sebagai Pasar Tani di Semenanjung. Kata kawan semaktab saya Wawa, pasar tamu merupakan pasar yg awesome dan dia berulang dari Kota Kinabalu ke KB setiap hujung minggu untuk membeli bahan basah. Cikgu di sini juga mengesyorkan saya ke sana untuk mencuci mata (bukan mengusyar sumandak) melihat barang keperluan rumah.

Saya bersyukur kerana dihantar untuk berbakti di sekolah ini, awal-awal pertemuan dengan staf sekolah, mereka memberitahu jangan malu dan segan untuk meminta tolong walaupun ianya berkaitan dengan masalah kewangan. Malu dengan diri sendiri kerana walaupun pelbagai latar belakang dan pelbagai kepercayaan dan agama namun mereka menjadikan hubungan antara semua staf ibarat sebuah keluarga. Sungguh, orang yang bukan Islam kadang lebih mesra dengan orang Islam.

Mengenali Cikgu Ellisiah merupakan antara perkara yg membangkitkan nostalgia kerana beliau juga merupakan penuntut di tempat pengajian saya pada tahun 2011. Beliau bertanyakan ttg beberapa orang pensyarah di intitut tempat kami belajar. Seorang guru yang kreatif dan mudah mesra, terasa juga malu dengan beliau kerana walaupun meruoakan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) namun roh guru yang tertanam dalam dirinya membuatkan beliau ibarat seorang penuntut ‘pure’ maktab.

Di sekolah ini tiada kantin, kata GB, pernah dulu satu kantin dibina di sekolah ini, tetapi permintaan sangat hambar kerana majoriti murid di sini mendapat RMT (Rancangan Makanan Tahunan), manakala sebahagian lagi murid membawa bekalan makanan ke sekolah. Oleh itu, kantin terpaksa ditutup dan guru juga perlu makan di kedai. Kedai yang berhampiran dengan sekolah ialah kedai di Pekan Nabalu yg terletak 100 meter dari sekolah. Sekolah ini membuat satu undang-undang yg fleksibel dan efektif. Guru boleh keluar makan pada bila-bila masa kecuali semasa guru mempunyai waktu mengajar dilarang sama sekali untuk keluar makan.
Hari ini merupakan hari sabtu dan di Sabah sangat terkenal dengan tamu, hari ini saya bersama dengan anak cikgu ke Pekan Ranau bagi melawat tamu dan menyantuni masyarakat di sini. Perjalanan yang mengambil masa sejam walaupun hanya kira-kira 50 kilometer sahaja dari Pekan Nabalu. Jalan yang dilalui sangat mencabar pemanduan kerana tiada jalan mendatar, hamper kesemuanya berbukit bukau. Perjalanan ini telah melalui kawasan yang paling tinggi iaitu berdekatan dengan pintu masuk ke Gunung Kinabalu iaitu Kinabalu Park. Saya juga melalui Kundasang, antara tempat yang wajib dilawati jika dating melancong ke Sabah. Di Ranau tamunya terkenal dengan pakaian bundle oleh penduduk di sekitar kawasan ini. Pelbagai jenis baju dan seluar dijual di sini. Jadi jika anda mahu tinggal lama di kawasan sejuk di Kundasang anda boleh membeli baju sejuk di Tamu ini yang dibuka pada hari Sabtu.

Jumpa lagi di siri ketiga..^-^




Friday 5 July 2013

Perjalanan Hidup Guru Baru SK Dallas Part 1

Alhamdulillah…padaMu jua ku panjatkan kesyukuran ke atas kurniaan dan limpah nikmat dan rezeki yang Kau berikan.

Mendapat berita gembira bahawa saya telah dapat di’posting’kan..tetapi agak menarik kerana saya telah terpilih untuk di’posting’kan di negeri di bawah bayu iaitu Sabah..Alhamdulillah saya mengucapkan syukur dan teringat bahawa saya pernah berniat mahu mengajar di kawasan yang berdekatan dengan Kundasang semasa saya pergi bercuti pada bulan mac 2013 lalu..tidak sangkan niat saya itu termakbul. Walaupun saya tidak ditempatkan di kawasan kundasang, namun saya ditempatkan di satu tempat yang sejuk juga berhampiran dengan Kundasang iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dengan kereta. Sekolah yang saya akan berkhidmat ialah SK Dallas. Kata pegawai KPM sekolah ini terletak di Amerika..hahaha

Pada 1 Julai saya telah terbang bersama dengan 56 sahabat yang lain ke Sabah dengan menggunakan pesawat MAS yang ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masa berlepas yang dijadualkan pada 1530 terpaksa ditunda ke 1620. Selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada jam 1910. Kami telah dibawa menginap di Marina Court Condominium untuk semalaman sebelum dijemput oleh pegawai dari PPD masing-masing.


Pada jam 9 pagi, 2 Julai kami diminta untuk berkumpul dan Ustaz Ramlee iaitu pegawai PPD yang ditugaskan untuk menguruskan kami menjemput kami pada pukul 1300. Perjalanan dari KK ke kota Belud (KB) mengambil masa hampir 1 jam 45 minit. Saya dibawa oleh ‘guru otai’ iaitu Cikgu Mensun Sungit ke sekolah.  Perjalanan dari PPD ke sekolah mengambil masa hampir 1 jam melalui ‘bypass’ tamparulli. Tetapi sebelum itu saya dibawa makan olehnya di sebuah restoran di puncak bukit dan pemandangan disekitar bukit itu sangat cantik. Tiba di sekolah pada jam 1900 malam. Di sini maghrib pada pukul 1830. Diperkenalkan oleh isteri ketiga beliau seorang suri rumah yg berbangsa dusun dan tinggal di Ranau serta anak bongsunya Adib yang berumur 12 tahun. Pada waktu malam Cikgu Mensun membawa kami berdua ke kedai di Pekan Nabalu untuk minum secawan kopi. Pekan Nabalu terletak kira-kira 100 meter dari sekolah saya. Seawal jam 11 malam saya sudah kehabisan bateri dan tidur.

Pemandangan ini diambil di Pekan Nabalu, 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Dallas iaitu sekolah di mana saya mengajar..

Monday 11 March 2013

TEMUDUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN


Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah,..hari ni 11 Mac adalah salah satu hari bersejarah bagi diri ini..kerana hari ini merupakan hari saya ditemuduga sebagai Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41..kelas kan bunyi dia macam pegawai gaji 6,7 ribu...tetapi sebenarnya nama pendek bagi jawatan ni ialah GURU je...hehehe...yup...saya seorang bakal guru yang mengambil bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sebagai kurses utama saya..memang minat kursus ni..nak tahu lebih lanjut kenapa minat kena tunggu post yg akan datang...hehehe..




7.10 pagi
Saya bersama 5 orang sahabat dari kampus yang sama dan seorang dari kampus Raja Melewar dipanggil masuk bertemu dengan penemuduga...tak ingat nama pelajar kampus melewar tu nama apa...tapi yang pastinya seorang awek la..hehehe..Alhamdulillah walaupun soalan yg ditanya memang saya tak baca tapi boleh la jawab tapi dengan jawapan yang peribadi..soalan tentang Pelan Integriti Nasional yang memang tak sangka akan ditanya....Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang nasib baik baca tapi tak ingat..hahaha...dan memang tak sangka sebab pada awalnya bilik yang kami akan ditemuduga tu sebelum ini timbalan pengerusi yang handle..tapi tiba hari kejadian boleh pula kena tukar dengan pegawai SPP yg lain..adoiyai..tapi apa punsemua dapat jawab dan doakan kami semua lulus...sebab apa??sebab kalau tak lulus kemungkinan besar kami tidak akan dapat dipostingkan dalam tempoh yang terdekat..cuak oo..

Amik masa sejam 10 minit sangat lama berbanding bilik lain...dan akhir sekali gua dah nak balik kampung..akan diupdate lagi selepas ni..papai...J



Thursday 7 March 2013

KERJA SEBELUM POSTING...


Basmallah...

Alhamdulillah...lama xmengupdate blog...baru sekarang ada perasaan nak update blog..walaupun takde yang nak baca tapi sekadar menulis untuk menceritakan perjalanan dan sejarah hidup semasa blog ini di’update’...

BISNES oh BISNES!!
   
Alhamdulillah..sekarang mula mengorak langkah dengan mendalami ilmu bisnes..bisnes apa??bisnes Quran ReadPen..antara bisnes yang insyaAllah mendapat pulangan dari segi wang dan pahala...sebab apa??sebab apabila orang beli dia akan menggunakan duit sebagai tukaran dan dari segi pahala apabila orang baca Quran..tiap kali tu kita dapat pahala sebab dengan usaha kita menjual orang dapat belajar dan berminat untuk mendalami ilmu Quran..wahhh...seronoknya...hehe..

Sejarah bermulanya minat untuk jual Quran timbul apabila sahabat karib yang bernama zaki mengajak untuk jual bersama di sekitar bank di alam damai (bagi sape-sape yang tahu nama tempat ni)..alhamdulillah walaupun kurang memberangsangkan hari pertama jualan kami dah berjaya jual tiga naskah atau set Quran...rata-rata pembeli ni orang yang ‘beruang’ maksudnya kaya..hehe..dapat lasikit imbuhan yang diberikan oleh bos zaki..kami juga cuba cari marketing melalui facebook,mudah.com dan sebagainya...dalam masa tiga minggu bos zaki dah kumpul 4k keuntungan...saya?dapat sikit je sebab baru belajar...

See u next post blog...gracias..hihi..:)

ni antara gambar tempat meniaga dan barang yang diniagakan...berminat?sila PM..hihi