Pages

Monday 7 July 2014

7 Tips Makanan Untuk Sahur Kita


Mudah berasa letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan kita. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi tinggi yang baik untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok diambil ketika bersahur.

1. Yogurt
Yoghurt mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.

2. Oatmeal
Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.

3. Air atau jus
Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa.

4. Kekacang
Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.

5. Makanan kaya zat besi
Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

6.Kismis
Kismis adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

7.Kurma Ajwa
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma ajwa adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma ajwa antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak. 

www.facebook.com/ArabianStore