Pages

Tuesday 18 December 2012


BismillahirRahmannirRahim..SubhanAllah, AlhamdulilLah, LailahailLAllah, Allahuakbar..


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan rezeki untuk bernafas di muka bumiNya..sudah lama kiranya tidak mengetuk papan kekunci laptop kecil ini bagi menulis entri berkongsi maklumat serta ilmu yang diperoleh sepanjang hidup bergelar seorang insan yang dahagakan ilmu dan juga khalifah yang sewajibnya ke atas diri sendiri..

Alhamdulillah..

Ku titipkan kesekian kalinya kepada Rabbul Jalil kerana memberi peluang kepada diri kerdil ini menamatkan perjuangan sebagai guru pelatih di sebuah institut perguruan di sekitar Kuala Lumpur..5 tahun 6 bulan berada di alam kampus adalah satu tempoh yang sangat panjang bagi seorang hamba Allah yang dalam tekadnya hanya ingin menamatkan pengajian di samping mengisi kelompongan masa berhibur dan berjimba bersama rakan sekampus..tetapi bagi hamba Allah yang dalam hatinya tertanam satu tekad iaitu ingin mencari ilmu dunia wal akhirat maka bagi dirinya tempoh 5 tahun 6 bulan itu ibarat seminggu lamanya..SubhanAllah..diriku sungguh mengagumi kalangan orang yang berfikiran, bertekad dan berpendapat sedemikian...nyata juga bagi diriku tempoh pengajian tersebut hanyalah sekejap sahaja..ibaratnya baru 2 hari lepas mendaftar diri bersama keluarga dan terus hari ini terpaksa bergenang air mata bagi meratapi perpisahan untuk membawa haluan masing-masing setelah menamatkan karangan di kertas jawapan peperiksaan..AllahuRobbi..

 Moga Allah memberi rahmat dan redha diatas segala ilmu yang kami pelajari ...Allahumma Ameen.. 

No comments:

Post a Comment