1. Wajib bagi seorang isteri:
i. Merendahkan pandangan dan suara
di hadapan suaminya.
Keterangan:
Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan
di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah
menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu
dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan
menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.
ii. Tidak berkhianat terhadap
suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.

iii. Menunaikan hajat suaminya (jika
diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh
Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku.
Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.

iv. Meminta izin suami untuk keluar
dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati
malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.

2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:
” Sunguh-sunguh meminta ampun untuk
seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara,
ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada
di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak
berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta
semua makhluk di muka bumi.”
3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri
yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH
sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
4. Saidatina Aishah r.a berkata:
“Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu
seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki
suaminya dengan sebahagian mukanya.”
5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang
bermaksud: “Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat
kebaikan mereka ke langit ialah:
i. Hamba yang lari dari tuannya
sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali.”
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali.”
6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku
melihat kebaikanmu sama sekali’, maka hancur leburlah pahala amal
kebajikannya”.
Keterangan:
Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.

7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya
tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya.”
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak
bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya”
Keterangan:
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.
Ada juga isteri yang tidak sedar
diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar
terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah
dihargai.
9 Nabi Muhamad SAW bersabda yang
bermaksud: “Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat
nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan
tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)
10 Nabi Muhamad SAW bersabda yang
bermaksud: “Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:
i. Perempuan yang jahat mulutnya
terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan
jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii. Perempuan yang memaksa suaminya
memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii. Perempuan yang tidak menjaga
auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk
menarik orang melihatnya).
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan
hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu
berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami.”
Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati
kecualilah dia bertaubat.
11 Al Hakim bercerita bahawa seorang
perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: “Sesungguhnya putera bapa saudaraku
melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri
terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka
aku bersedia dikahwinkan.”
Maka baginda bersabda yang
bermaksud:
“Kalau mengalir darah dan nanah dari
kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum
dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan
untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang
isteri untuk sujud kepada suaminya.”
Berkatalah perempuan itu: “Demi ALLAH
yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada”
12 Imam Tabrani menceritakan bahawa
seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah
dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk
digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia
si isteri boleh menolaknya.
13 Seorang isteri hendaklah
menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini
adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah
jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.
14 Menjadi pendorong serta penasihat
kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak
dipersetujui.
15 Memahami perkara-perkara yang
digemari dan dibenci oleh suaminya.
16 Melakukan segala perbuatan yang
boleh menyenangkan hati suaminya.
17 Sentiasa menambahkan serta
mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.
18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina
Fatimah (anaknya) yang bermaksud:
“Ya Fatimah, apabila seorang wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan
kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir
disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan
didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga”
19 Sentiasa menyediakan air di sisi
suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan
baginya oleh para malaikat.
20 Memasak mengikut selera atau
kesukaan suami.
Keterangan:
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
21 Menampal (menjahit) baju atau
pakaian suami yang koyak
22 Mengikut keperluan dan kemahuan
suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, mengipas dan lain-lain.
- See more at:
http://www.myinfo101.com/2011/08/22-kewajipan-isteri.html#sthash.zAGfCaMk.dpu
No comments:
Post a Comment