1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata
suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian
yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah
dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan
hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan.
Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia
mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan
pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua
perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami
anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami
anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami
anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang
melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut
dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri
anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami
anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang
lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda
lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama
suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan
suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter
atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.