Mudah berasa
letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin
disebabkan oleh faktor pemakanan kita. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi
tinggi yang baik untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok
diambil ketika bersahur.
1. Yogurt
Yoghurt
mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh
memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan
berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh
mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.
2. Oatmeal
Semangkuk
kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh
dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga
mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.
3. Air atau
jus
Dehidrasi
adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah
segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi.
Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari
walaupun berpuasa.
4. Kekacang
Segenggam
kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas
sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks.
Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal
cergas sepanjang berpuasa.
5. Makanan
kaya zat besi
Zat besi
merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama
keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk
mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.
6.Kismis
Kismis
adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak
mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal
tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi,
potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk
pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis
juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).
Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan
dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang
menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar
7.Kurma Ajwa
Unsur zat
besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma ajwa adalah unsur yang
paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan
pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan
membuktikan bahawa kurma ajwa antara makanan yang paling pantas diproses
sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan
disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Prof Madya Aslah juga berkata,
buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan
anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Kurma
mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka
dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau
mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga
setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang
banyak.
www.facebook.com/ArabianStore
www.facebook.com/ArabianStore
No comments:
Post a Comment