Pages

Friday 5 July 2013

Perjalanan Hidup Guru Baru SK Dallas Part 1

Alhamdulillah…padaMu jua ku panjatkan kesyukuran ke atas kurniaan dan limpah nikmat dan rezeki yang Kau berikan.

Mendapat berita gembira bahawa saya telah dapat di’posting’kan..tetapi agak menarik kerana saya telah terpilih untuk di’posting’kan di negeri di bawah bayu iaitu Sabah..Alhamdulillah saya mengucapkan syukur dan teringat bahawa saya pernah berniat mahu mengajar di kawasan yang berdekatan dengan Kundasang semasa saya pergi bercuti pada bulan mac 2013 lalu..tidak sangkan niat saya itu termakbul. Walaupun saya tidak ditempatkan di kawasan kundasang, namun saya ditempatkan di satu tempat yang sejuk juga berhampiran dengan Kundasang iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dengan kereta. Sekolah yang saya akan berkhidmat ialah SK Dallas. Kata pegawai KPM sekolah ini terletak di Amerika..hahaha

Pada 1 Julai saya telah terbang bersama dengan 56 sahabat yang lain ke Sabah dengan menggunakan pesawat MAS yang ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masa berlepas yang dijadualkan pada 1530 terpaksa ditunda ke 1620. Selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada jam 1910. Kami telah dibawa menginap di Marina Court Condominium untuk semalaman sebelum dijemput oleh pegawai dari PPD masing-masing.


Pada jam 9 pagi, 2 Julai kami diminta untuk berkumpul dan Ustaz Ramlee iaitu pegawai PPD yang ditugaskan untuk menguruskan kami menjemput kami pada pukul 1300. Perjalanan dari KK ke kota Belud (KB) mengambil masa hampir 1 jam 45 minit. Saya dibawa oleh ‘guru otai’ iaitu Cikgu Mensun Sungit ke sekolah.  Perjalanan dari PPD ke sekolah mengambil masa hampir 1 jam melalui ‘bypass’ tamparulli. Tetapi sebelum itu saya dibawa makan olehnya di sebuah restoran di puncak bukit dan pemandangan disekitar bukit itu sangat cantik. Tiba di sekolah pada jam 1900 malam. Di sini maghrib pada pukul 1830. Diperkenalkan oleh isteri ketiga beliau seorang suri rumah yg berbangsa dusun dan tinggal di Ranau serta anak bongsunya Adib yang berumur 12 tahun. Pada waktu malam Cikgu Mensun membawa kami berdua ke kedai di Pekan Nabalu untuk minum secawan kopi. Pekan Nabalu terletak kira-kira 100 meter dari sekolah saya. Seawal jam 11 malam saya sudah kehabisan bateri dan tidur.

Pemandangan ini diambil di Pekan Nabalu, 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Dallas iaitu sekolah di mana saya mengajar..

No comments:

Post a Comment