Pages

Saturday 6 July 2013

Perjalanan Hidup Guru Baru SK Dallas Part 2

Alhamdulillah sedar tidak sedar sudah 4 hari berada di Negeri di Bawah Bayu. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang berada di sini. Esok merupakan hari terakhir cuti mingguan, dan esok juga untuk kali ketiga saya akan ke Pekan Kota Belud untuk merasai pengalaman berjalan di Tamu Mingguan atau lebih dikenali sebagai Pasar Tani di Semenanjung. Kata kawan semaktab saya Wawa, pasar tamu merupakan pasar yg awesome dan dia berulang dari Kota Kinabalu ke KB setiap hujung minggu untuk membeli bahan basah. Cikgu di sini juga mengesyorkan saya ke sana untuk mencuci mata (bukan mengusyar sumandak) melihat barang keperluan rumah.

Saya bersyukur kerana dihantar untuk berbakti di sekolah ini, awal-awal pertemuan dengan staf sekolah, mereka memberitahu jangan malu dan segan untuk meminta tolong walaupun ianya berkaitan dengan masalah kewangan. Malu dengan diri sendiri kerana walaupun pelbagai latar belakang dan pelbagai kepercayaan dan agama namun mereka menjadikan hubungan antara semua staf ibarat sebuah keluarga. Sungguh, orang yang bukan Islam kadang lebih mesra dengan orang Islam.

Mengenali Cikgu Ellisiah merupakan antara perkara yg membangkitkan nostalgia kerana beliau juga merupakan penuntut di tempat pengajian saya pada tahun 2011. Beliau bertanyakan ttg beberapa orang pensyarah di intitut tempat kami belajar. Seorang guru yang kreatif dan mudah mesra, terasa juga malu dengan beliau kerana walaupun meruoakan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) namun roh guru yang tertanam dalam dirinya membuatkan beliau ibarat seorang penuntut ‘pure’ maktab.

Di sekolah ini tiada kantin, kata GB, pernah dulu satu kantin dibina di sekolah ini, tetapi permintaan sangat hambar kerana majoriti murid di sini mendapat RMT (Rancangan Makanan Tahunan), manakala sebahagian lagi murid membawa bekalan makanan ke sekolah. Oleh itu, kantin terpaksa ditutup dan guru juga perlu makan di kedai. Kedai yang berhampiran dengan sekolah ialah kedai di Pekan Nabalu yg terletak 100 meter dari sekolah. Sekolah ini membuat satu undang-undang yg fleksibel dan efektif. Guru boleh keluar makan pada bila-bila masa kecuali semasa guru mempunyai waktu mengajar dilarang sama sekali untuk keluar makan.
Hari ini merupakan hari sabtu dan di Sabah sangat terkenal dengan tamu, hari ini saya bersama dengan anak cikgu ke Pekan Ranau bagi melawat tamu dan menyantuni masyarakat di sini. Perjalanan yang mengambil masa sejam walaupun hanya kira-kira 50 kilometer sahaja dari Pekan Nabalu. Jalan yang dilalui sangat mencabar pemanduan kerana tiada jalan mendatar, hamper kesemuanya berbukit bukau. Perjalanan ini telah melalui kawasan yang paling tinggi iaitu berdekatan dengan pintu masuk ke Gunung Kinabalu iaitu Kinabalu Park. Saya juga melalui Kundasang, antara tempat yang wajib dilawati jika dating melancong ke Sabah. Di Ranau tamunya terkenal dengan pakaian bundle oleh penduduk di sekitar kawasan ini. Pelbagai jenis baju dan seluar dijual di sini. Jadi jika anda mahu tinggal lama di kawasan sejuk di Kundasang anda boleh membeli baju sejuk di Tamu ini yang dibuka pada hari Sabtu.

Jumpa lagi di siri ketiga..^-^




1 comment: