Pages

Thursday, 27 September 2012

Aku VS Saya

Assalamualaikum..

hupdet belog sikit ari ni...agak janggal juga ye apabila saya tetiba ada blog sendiri...ianya bagaikan satu magis..haha. dulu sy sering impikan untuk memiliki blog sendiri..ok fine..ini tak berkaitan dengan tajuk di atas...

so, sepanjang membaca blog. saya sering terfikir apakah laras bahasa a.k.a gaya bahasa yg sesuai bagi menggantikan nama diri yg pertama bagi diri penulis (iaitu saya lah) samada menggunakan saya, aku atau patik atau beta?huishh..satu kemusykilan..tapi blog ni asal tujuan penubuhan adalah untuk kongsi ilmu..so apekah yg perlu saya guna untuk menceritakan tentang pengalaman hidup serta ilmu yg akan saya kongsikan kepada anda semua (macam la ramai pembaca blog saya ni)..so..mungkin utk penulisan berbentuk gila2 sy akan guna 'aku' dan untuk ilmiah sy guna 'saya'...how ah bloggers semua?pening...hahaha..


Sunday, 23 September 2012


Alhamdulillah....berbaloi pulang ke kampung halaman minggu ini....pertamanya melepaskan tekanan (walaupun xtertekan) ViVa dan kelas yang tiada serta pulang untuk menyambut ulangtahun kelahiran ibu yang tersayang puan faizah binti yusoff pada 23 september.....saya telah menjadi dalang dalam mengingatkan adik beradik yang lain akan tarikh hari lahir ibu saya....saya telah meminta mereka untuk mengeluarkan duit sebanyak $100 setiap orang untuk membelikan hadiah..oleh kerana mempunyai keluarga yang agak besar dan yang telah bekerja pon dah 8 orang so...saya telah dapat kumpul sebanyak $800 kesemuanya....pada petang sebelum itu saya telah berbual dengan ma (panggilan manja gitu) hehe....berkenaan dengan hasrat dia untuk memiliki perabot rumah...dapur memasak serta meja makan di bahagian dapur kering amat diimpikannya...dan dia pun bersedia untuk membeli barangan itu kerana duit yang diberikan abang2 sebelum ni dah cukup....



Pada 22 september..saya telah menelefon abang <bro fadhli> dan beliau mengajak untuk makan2 bersama famili di restoran nasi ulam cikgu (antara restoran paling femes untuk makan tengah hari di kota bharu) bagi meraikan hari jadi ibu kami..ma agak terkejut kerana antara salah satu keinginan dia ialah untuk bersama dengan famili makan bersama di restoran tersebut....selepas makan....saya meminta ma untuk pulang dahulu dengan kereta lain kerana saya bersama abang <bro alkahp dan kakak ipar <puan azifah> ke kedai bagi membeli meja dan dapur yang diinginkan...kali ni ma berasa pelik kerana kami tidak mengajak mereka untuk shopping dan pelik kerana meminta beliau untuk naik kereta yang lain pulang ke rumah.....selepas berhijrah dair satu kedai ke satu kedai yang lain akhirnya kami telah bersepakat untuk membeli meja makan dan satu dapur untuk ma.....

Sampainya di rumah...kakak ipar yang satu lagi tersenyum dan menceritakan bahawa ma telah beberapa kali bertanya beliau tentang kami...pada malam itu jam 1 pagi...saya telah memasang dapur itu seorang diri setelah ma lelap dibuai mimpi...niat di hati ingin membuat kejutan apabila ma bangun pagi esoknya dia dapat melihat perubahan di dapurnya...hehehe...selepas siap memasang dapur,,,saya mengahantar satu lagi SMS kepada adik beradik untuk menelefon ma selepas solat subuh keesokan paginya...dan ternyata semasa bangun untuk solat subuh beliau terkejut kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena di dapur,,,saya berpura-pura pejamkan mata dan memekakkan telinga apabila dia bertanya tentang dapur tersebut...selepas itu telefonnya tidak putus menerima panggilan dari anak-anaknya yang ramai itu.....beliau tersenyum panjang pagi ini...


Satu lagi kejutan bakal dihadapi oleh ma apabila abang saya datang bagi mengemas rumah (tujuannya untuk meletakkan meja makan hadiah) dan ma bertanya apakah tujuan kami mengemas bahagian dapur kering itu...abang saya menjawab kerana ingin memudahkan ma untuk meletakkan meja makan apabila ma membelinya nanti....setelah hampir 90% siap mengemas...saya mendapat satu panggilan dari kedai perabot bertanya tentang alamat rumah kami kerana mereka sudah dalam perjalanan bagi menghantar meja.....kejutan bagi ma apabila beliau kaku apabila satu lori besar datang kerumah dan menghantar meja..beliau tersenyum dan speechless kerana semua impian dia telah termakbul.......beliau agak terharu dan habis semua sedara yang tinggal berdekatan rumah menadah telinga mendengar cerita yang telah di lakonkan oleh anak-anak mereka...


Last but not least..selamat hari lahir ma..semoga ma dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki...mendapat redha ilahi serta insyaAllah jika tak de aral saya akan bawa ma ke mekah untuk menunaikan umrah bersama dengan famili yang lain serta mungkin zaujah jika saya berkahwin awal..hehe...amin ya Rabbal alamin...:)




TGNA...demonstrasi dan Aku?


Alhamdulillah..beberapa hari lepas 21 september 2012 sekali lagi saya dapat mengucup tangan ulamak merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat semasa kuliah pagi di medan ilmu kota bharu..alhamdulillah saya sekali lagi juga dapat berada di pentas utama bersama dengan beberapa pengikut Tuan Guru bagi mendengar secara ‘direct’ kuliah yang disampaikan...Tuah saya pada hari ini kerana dapat dipertemukan dengan Tuan Guru kerana beliau sebelum ini sudah 4 minggu tidak dapat hadir ke kuliah ilmu kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka hari ini merupakan kali pertama dalam bulan zulkaedah beliau menyampaikan kuliah.
Hari ini tuan guru membicarakan berkenaan dengan surah al fussilat namun tidak sempat menghabiskan dengan baik kerana dia lebih terdorong untuk memperkatakan tentang perbezaan ayat pertama al baqarah :1 iaitu alif lam min dan satu lagi surah iaitu asy-syarh :94 ..3 huruf yg sama yg digunakan iaitu huruf alif, lam alif dan mim..tetapi dapat dibaca dengan dua jenis bacaan..Tuan Guru mengaitkan tentang bagaimana Rasulullah SAW dapat membezakan cara bacaan dua surah ini namun Rasulullah SAW tidak pernah belajar untuk mengenalinya secara khusus yang mana ianya tidak lain tidak bukan kerana kehendak dan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT  Beliau menggunakan contoh sebagaimana seorang tua yang ingin meminta sepinggan nasi dengan kata-kata “nak nasi sepinggan” tetapi apabila si pemberi nasi itu menulis perkataan “nak nasi sepinggan” di atas kertas dan dia meminta orang tua tersebut untuk membaca maka orang tua tu akan menjawab “apa yang kamu tulis?aku tidak pandai membaca dan tidak pernah belajar membaca”.

Tuan Guru juga menyatakan kenapa surah terakhir dalam al-Quran iaitu an-nas pada huruf terakhir dalam setiap ayat iaitu sim tidak ada tanda mati tetapi diletakkan baris dibawah huruf sim itu. Ini adalah kerana, 2 cara bacaan yang boleh dibaca pada surah ini iaitu dengan mematikan atau berhenti dalam setiap ayat ataupun terus meyambung secara terus. Oleh itu, semasa bacaan ayat keenam sim itu terus disambung dengan basmallah untuk bacaan surah al-baqarah semula..kesimpulannya, bacaan al-Quran tidak akan terhenti hingga surah an-nas sahaja tetapi terus disambung dan disambung dan disambung setiap kali tamat atau khatam satu Quran...subhanAllah..sungguh hebat ciptaan kalamulLah ini, dan ini merupakan ilmu baru yang saya pelajari pada hari ini..dan moga-moga ilmu ini dapat memberikan manfaat supaya ianya boleh saya sampaikan semasa berusrah dengan adik-adik dan sahabat handai. Usai saja kuliah....seorang pimpinan PAS telah mengambil alih majlis dengan berbicara tentang filem penghinaan ‘innocence of muslim” yg jelas menghina Nabi Khatamul Anbiya’ kita Muhammad SAW....saya juga terkejut kerana pimpinan PAS semuanya berdiri di pentas utama kuliah pagi dan terus berhujah mengenai perlunya kita menentang perkara mungkar ini...antara yang hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan,YB. Abdul Latif Ab. Rahman turut sama pada program ini Setiausaha Akhbar YAB.Menteri Besar,Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari,YB. Hjh. Wan Ubaidah Omar,YB. Hjh Rohani Ibrahim,YB. Hjh. Siti Zailah Mohd Yusoff,Ketua Angkatan Muda Keadilan serta beberapa yang lain, tidak hairanlah semasa TGNA menyampaikan kuliah terdapat beberapa orang ‘volunteer’ membahagikan ‘headband’ yg tertulis WE <3 Muhammad dan saya juga turut mendapat satu...rasa bangga kerana dapat berdiri di tepi pimpinan tertinggi PAS Kelantan....semasa ucapan TGNA....beliau meminta kita semua jangan hanya memboikot yahudi dengan demonstrasi jalanan sahaja, malahan yang utamanya kita memboikot dan tidak membeli keluaran yahudi (contohnya Mc Donalds).... YAB. Tuan Guru di beri penghormatan untuk membakar replika vcd filem Innocence of Muslims sebagai gimik serta tanda protes kepada pengarah filem tersebut yang menghina Nabi Muhammad S.A.W....pulang ke rumah dengan hati yang berbunga dan perasaan sedih kerana sanggup yahudi laknatulLah mempersendakan agama Islam dan kekasih Allah...:’(

<beberapa keping gambar yang dapat di lihat..saya berada di sebelah kanan orang yang pegang banner tu..tapi sayang xmasuk dalam gambar..huhu)







Wednesday, 19 September 2012

oh ViVa!!!...perlu ke rasa gementar?

Assalamualaikum...

oh ViVa....satu perkara yg akan menghantui guru pelatih yang menuntut di institut pendidikan guru...sejak semalam saya pelik dengan diri saya..tak tahu kenapa...sepatutnya org yg akan ViVa akan risau + tak boleh tidor + gementar + n lain2...tapi saya pelik dengan diri saya...masih tak rasa apa-apa....aish..selepas berjumpa dgn pensyarah saya menyatakan perihal diri saya..dia tersenyum dan mengatakan "awak dah confident tu..so tak payah risau...kalau kajian tu awak buat dengan sendiri so awak xakan rasa neves pon" alhamdulillah saya berasa lega dengan penyataan itu..menjelang petang saya berjumpa lagi dengan seorang pensyarah dari jabatan yang sama. beliau sempat bertanya tentang siapakah yang akan menjadi panel saya.. setelah memberitahu beberapa nama.. beliau terkejut dan meminta saya untuk berhati-hati dan bersedia...

selepas selesai solat berjemaah maghrib saya mendapat satu mesej dari pensyarah tadi.. beliau mengatakan bahawa panel yg menjadi pembaca kedua saya mengatakan bahawa kajian saya OK dan beliau mengucapkan tahniah..ya Allah satu lagi kelegaan yang datang dan singgah di hati dan perasaan saya...saya juga berasa lega kerana mendapat beberapa mesej daripada beberapa orang sahabat yg mendoakan saya dipermudahkan sepanjang viva..terima kasih kepada semua...

pagi ini...selepas membuat beberapa persediaan dengan berkemeja putih seperti seorang pekerja GSC (Golden Screen Cinema) kata temanku..saya bertolak dari rumah ke maktab tepat jam 10.40 pagi...

sebaik sahaja nama saya dipanggil untuk masuk ke bilik..debaran masih belum tiba...ya Allah sungguh hairan...dan selepas set up laptop sy terus memulakan pembentangan saya selepas mendapat 'green light' dari moderator...alhamdulillah segalanya lancar..walaupun ada sedikit gagap..selepas loceng pertama dibunyikan iaitu minit ke 15 saya sudah berada di slide yang terakhir...sesi soal jawab bermula sebaik selesai saya mengucapkan terima kasih..


semasa sesi Q&A (question answer) saya telah ditanya berkaitan dengan kesesuaian tajuk dan laporan yg dibuat..panel meminta saya untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi tajuk tersebut..seterusnya saya turut tersenyum dan bersyukur apabila pensyarah telah menolong saya dalam mencari sumber rujukan yg mana saya tidak nyatakan di dalam lampiran rujukan..(peh..rasa mcm nak cakap iloveu DR) hehe...dan beberapa lagi teguran yg majoritinya berkenaan dengan teknikal...


so malam ni...saya akan pulang ke kampung...doakan saya selamat ye semua..:)


Monday, 17 September 2012

newbie? yup and always..:)

Assalamualaikum...salam sejahtera....setelah menunggu hampir 23 tahun 8 bulan akhirnya tercapai sudah saya untuk memiliki blog sendiri..terima kasih kepada sahabat baik miss-tweety89.blogspot.com kerana mengajar saya secara tidak langsung bagaimana untuk mewujudkan sebuah blog sendiri..tapi sadisnya blog ini dicipta ketika pensyarah sedang mengajar di hadapan..teruk betul...tp semua ilmu yg dikongsikannya hari ini saya faham dan simpan dalam memori saya ye..hehe...terima kasih sudi baca dan saya berharap dapat menulis banyak kisah-kisah berkenaan dengan kehidupan saya sepanjang usia..insyaAllah.."doakan aku teman".....:)