Pages

Sunday, 23 September 2012

TGNA...demonstrasi dan Aku?


Alhamdulillah..beberapa hari lepas 21 september 2012 sekali lagi saya dapat mengucup tangan ulamak merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat semasa kuliah pagi di medan ilmu kota bharu..alhamdulillah saya sekali lagi juga dapat berada di pentas utama bersama dengan beberapa pengikut Tuan Guru bagi mendengar secara ‘direct’ kuliah yang disampaikan...Tuah saya pada hari ini kerana dapat dipertemukan dengan Tuan Guru kerana beliau sebelum ini sudah 4 minggu tidak dapat hadir ke kuliah ilmu kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka hari ini merupakan kali pertama dalam bulan zulkaedah beliau menyampaikan kuliah.
Hari ini tuan guru membicarakan berkenaan dengan surah al fussilat namun tidak sempat menghabiskan dengan baik kerana dia lebih terdorong untuk memperkatakan tentang perbezaan ayat pertama al baqarah :1 iaitu alif lam min dan satu lagi surah iaitu asy-syarh :94 ..3 huruf yg sama yg digunakan iaitu huruf alif, lam alif dan mim..tetapi dapat dibaca dengan dua jenis bacaan..Tuan Guru mengaitkan tentang bagaimana Rasulullah SAW dapat membezakan cara bacaan dua surah ini namun Rasulullah SAW tidak pernah belajar untuk mengenalinya secara khusus yang mana ianya tidak lain tidak bukan kerana kehendak dan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT  Beliau menggunakan contoh sebagaimana seorang tua yang ingin meminta sepinggan nasi dengan kata-kata “nak nasi sepinggan” tetapi apabila si pemberi nasi itu menulis perkataan “nak nasi sepinggan” di atas kertas dan dia meminta orang tua tersebut untuk membaca maka orang tua tu akan menjawab “apa yang kamu tulis?aku tidak pandai membaca dan tidak pernah belajar membaca”.

Tuan Guru juga menyatakan kenapa surah terakhir dalam al-Quran iaitu an-nas pada huruf terakhir dalam setiap ayat iaitu sim tidak ada tanda mati tetapi diletakkan baris dibawah huruf sim itu. Ini adalah kerana, 2 cara bacaan yang boleh dibaca pada surah ini iaitu dengan mematikan atau berhenti dalam setiap ayat ataupun terus meyambung secara terus. Oleh itu, semasa bacaan ayat keenam sim itu terus disambung dengan basmallah untuk bacaan surah al-baqarah semula..kesimpulannya, bacaan al-Quran tidak akan terhenti hingga surah an-nas sahaja tetapi terus disambung dan disambung dan disambung setiap kali tamat atau khatam satu Quran...subhanAllah..sungguh hebat ciptaan kalamulLah ini, dan ini merupakan ilmu baru yang saya pelajari pada hari ini..dan moga-moga ilmu ini dapat memberikan manfaat supaya ianya boleh saya sampaikan semasa berusrah dengan adik-adik dan sahabat handai. Usai saja kuliah....seorang pimpinan PAS telah mengambil alih majlis dengan berbicara tentang filem penghinaan ‘innocence of muslim” yg jelas menghina Nabi Khatamul Anbiya’ kita Muhammad SAW....saya juga terkejut kerana pimpinan PAS semuanya berdiri di pentas utama kuliah pagi dan terus berhujah mengenai perlunya kita menentang perkara mungkar ini...antara yang hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan,YB. Abdul Latif Ab. Rahman turut sama pada program ini Setiausaha Akhbar YAB.Menteri Besar,Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari,YB. Hjh. Wan Ubaidah Omar,YB. Hjh Rohani Ibrahim,YB. Hjh. Siti Zailah Mohd Yusoff,Ketua Angkatan Muda Keadilan serta beberapa yang lain, tidak hairanlah semasa TGNA menyampaikan kuliah terdapat beberapa orang ‘volunteer’ membahagikan ‘headband’ yg tertulis WE <3 Muhammad dan saya juga turut mendapat satu...rasa bangga kerana dapat berdiri di tepi pimpinan tertinggi PAS Kelantan....semasa ucapan TGNA....beliau meminta kita semua jangan hanya memboikot yahudi dengan demonstrasi jalanan sahaja, malahan yang utamanya kita memboikot dan tidak membeli keluaran yahudi (contohnya Mc Donalds).... YAB. Tuan Guru di beri penghormatan untuk membakar replika vcd filem Innocence of Muslims sebagai gimik serta tanda protes kepada pengarah filem tersebut yang menghina Nabi Muhammad S.A.W....pulang ke rumah dengan hati yang berbunga dan perasaan sedih kerana sanggup yahudi laknatulLah mempersendakan agama Islam dan kekasih Allah...:’(

<beberapa keping gambar yang dapat di lihat..saya berada di sebelah kanan orang yang pegang banner tu..tapi sayang xmasuk dalam gambar..huhu)







No comments:

Post a Comment