Alhamdulillah....berbaloi
pulang ke kampung halaman minggu ini....pertamanya melepaskan tekanan
(walaupun xtertekan) ViVa dan kelas yang tiada serta pulang untuk menyambut
ulangtahun kelahiran ibu yang tersayang puan faizah binti yusoff pada 23 september.....saya telah menjadi
dalang dalam mengingatkan adik beradik yang lain akan tarikh hari lahir ibu
saya....saya telah meminta mereka untuk mengeluarkan duit sebanyak $100 setiap
orang untuk membelikan hadiah..oleh kerana mempunyai keluarga yang agak besar
dan yang telah bekerja pon dah 8 orang so...saya telah dapat kumpul sebanyak
$800 kesemuanya....pada petang sebelum itu saya telah berbual dengan ma
(panggilan manja gitu) hehe....berkenaan dengan hasrat dia untuk memiliki
perabot rumah...dapur memasak serta meja makan di bahagian dapur kering amat
diimpikannya...dan dia pun bersedia untuk membeli barangan itu kerana duit yang
diberikan abang2 sebelum ni dah cukup....
Pada
22 september..saya telah menelefon abang <bro fadhli> dan beliau mengajak
untuk makan2 bersama famili di restoran nasi ulam cikgu (antara restoran paling
femes untuk makan tengah hari di kota bharu) bagi meraikan hari jadi ibu kami..ma
agak terkejut kerana antara salah satu keinginan dia ialah untuk bersama dengan
famili makan bersama di restoran tersebut....selepas makan....saya meminta ma
untuk pulang dahulu dengan kereta lain kerana saya bersama abang <bro alkahp
dan kakak ipar <puan azifah> ke kedai bagi membeli meja dan dapur yang
diinginkan...kali ni ma berasa pelik kerana kami tidak mengajak mereka untuk
shopping dan pelik kerana meminta beliau untuk naik kereta yang lain pulang ke
rumah.....selepas berhijrah dair satu kedai ke satu kedai yang lain akhirnya
kami telah bersepakat untuk membeli meja makan dan satu dapur untuk ma.....
Sampainya
di rumah...kakak ipar yang satu lagi tersenyum dan menceritakan bahawa ma telah
beberapa kali bertanya beliau tentang kami...pada malam itu jam 1 pagi...saya
telah memasang dapur itu seorang diri setelah ma lelap dibuai mimpi...niat di
hati ingin membuat kejutan apabila ma bangun pagi esoknya dia dapat melihat
perubahan di dapurnya...hehehe...selepas siap memasang dapur,,,saya mengahantar
satu lagi SMS kepada adik beradik untuk menelefon ma selepas solat subuh
keesokan paginya...dan ternyata semasa bangun untuk solat subuh beliau terkejut
kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena di dapur,,,saya berpura-pura
pejamkan mata dan memekakkan telinga apabila dia bertanya tentang dapur
tersebut...selepas itu telefonnya tidak putus menerima panggilan dari anak-anaknya
yang ramai itu.....beliau tersenyum panjang pagi ini...
Satu
lagi kejutan bakal dihadapi oleh ma apabila abang saya datang bagi mengemas
rumah (tujuannya untuk meletakkan meja makan hadiah) dan ma bertanya apakah
tujuan kami mengemas bahagian dapur kering itu...abang saya menjawab kerana
ingin memudahkan ma untuk meletakkan meja makan apabila ma membelinya nanti....setelah
hampir 90% siap mengemas...saya mendapat satu panggilan dari kedai perabot
bertanya tentang alamat rumah kami kerana mereka sudah dalam perjalanan bagi
menghantar meja.....kejutan bagi ma apabila beliau kaku apabila satu lori besar
datang kerumah dan menghantar meja..beliau tersenyum dan speechless kerana
semua impian dia telah termakbul.......beliau agak terharu dan habis semua
sedara yang tinggal berdekatan rumah menadah telinga mendengar cerita yang
telah di lakonkan oleh anak-anak mereka...
Last
but not least..selamat hari lahir ma..semoga ma dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki...mendapat
redha ilahi serta insyaAllah jika tak de aral saya akan bawa ma ke mekah untuk
menunaikan umrah bersama dengan famili yang lain serta mungkin zaujah jika saya
berkahwin awal..hehe...amin ya Rabbal alamin...:)
wah.. sweetnye ..
ReplyDeletekan..kan..kan...hehehe...
ReplyDelete