Pages

Wednesday 19 September 2012

oh ViVa!!!...perlu ke rasa gementar?

Assalamualaikum...

oh ViVa....satu perkara yg akan menghantui guru pelatih yang menuntut di institut pendidikan guru...sejak semalam saya pelik dengan diri saya..tak tahu kenapa...sepatutnya org yg akan ViVa akan risau + tak boleh tidor + gementar + n lain2...tapi saya pelik dengan diri saya...masih tak rasa apa-apa....aish..selepas berjumpa dgn pensyarah saya menyatakan perihal diri saya..dia tersenyum dan mengatakan "awak dah confident tu..so tak payah risau...kalau kajian tu awak buat dengan sendiri so awak xakan rasa neves pon" alhamdulillah saya berasa lega dengan penyataan itu..menjelang petang saya berjumpa lagi dengan seorang pensyarah dari jabatan yang sama. beliau sempat bertanya tentang siapakah yang akan menjadi panel saya.. setelah memberitahu beberapa nama.. beliau terkejut dan meminta saya untuk berhati-hati dan bersedia...

selepas selesai solat berjemaah maghrib saya mendapat satu mesej dari pensyarah tadi.. beliau mengatakan bahawa panel yg menjadi pembaca kedua saya mengatakan bahawa kajian saya OK dan beliau mengucapkan tahniah..ya Allah satu lagi kelegaan yang datang dan singgah di hati dan perasaan saya...saya juga berasa lega kerana mendapat beberapa mesej daripada beberapa orang sahabat yg mendoakan saya dipermudahkan sepanjang viva..terima kasih kepada semua...

pagi ini...selepas membuat beberapa persediaan dengan berkemeja putih seperti seorang pekerja GSC (Golden Screen Cinema) kata temanku..saya bertolak dari rumah ke maktab tepat jam 10.40 pagi...

sebaik sahaja nama saya dipanggil untuk masuk ke bilik..debaran masih belum tiba...ya Allah sungguh hairan...dan selepas set up laptop sy terus memulakan pembentangan saya selepas mendapat 'green light' dari moderator...alhamdulillah segalanya lancar..walaupun ada sedikit gagap..selepas loceng pertama dibunyikan iaitu minit ke 15 saya sudah berada di slide yang terakhir...sesi soal jawab bermula sebaik selesai saya mengucapkan terima kasih..


semasa sesi Q&A (question answer) saya telah ditanya berkaitan dengan kesesuaian tajuk dan laporan yg dibuat..panel meminta saya untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi tajuk tersebut..seterusnya saya turut tersenyum dan bersyukur apabila pensyarah telah menolong saya dalam mencari sumber rujukan yg mana saya tidak nyatakan di dalam lampiran rujukan..(peh..rasa mcm nak cakap iloveu DR) hehe...dan beberapa lagi teguran yg majoritinya berkenaan dengan teknikal...


so malam ni...saya akan pulang ke kampung...doakan saya selamat ye semua..:)


No comments:

Post a Comment