Tuesday, 18 December 2012
BismillahirRahmannirRahim..SubhanAllah, AlhamdulilLah, LailahailLAllah, Allahuakbar..
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan rezeki untuk bernafas di muka bumiNya..sudah lama kiranya tidak mengetuk papan kekunci laptop kecil ini bagi menulis entri berkongsi maklumat serta ilmu yang diperoleh sepanjang hidup bergelar seorang insan yang dahagakan ilmu dan juga khalifah yang sewajibnya ke atas diri sendiri..
Alhamdulillah..
Ku titipkan kesekian kalinya kepada Rabbul Jalil kerana memberi peluang kepada diri kerdil ini menamatkan perjuangan sebagai guru pelatih di sebuah institut perguruan di sekitar Kuala Lumpur..5 tahun 6 bulan berada di alam kampus adalah satu tempoh yang sangat panjang bagi seorang hamba Allah yang dalam tekadnya hanya ingin menamatkan pengajian di samping mengisi kelompongan masa berhibur dan berjimba bersama rakan sekampus..tetapi bagi hamba Allah yang dalam hatinya tertanam satu tekad iaitu ingin mencari ilmu dunia wal akhirat maka bagi dirinya tempoh 5 tahun 6 bulan itu ibarat seminggu lamanya..SubhanAllah..diriku sungguh mengagumi kalangan orang yang berfikiran, bertekad dan berpendapat sedemikian...nyata juga bagi diriku tempoh pengajian tersebut hanyalah sekejap sahaja..ibaratnya baru 2 hari lepas mendaftar diri bersama keluarga dan terus hari ini terpaksa bergenang air mata bagi meratapi perpisahan untuk membawa haluan masing-masing setelah menamatkan karangan di kertas jawapan peperiksaan..AllahuRobbi..
Moga Allah memberi rahmat dan redha diatas segala ilmu yang kami pelajari ...Allahumma Ameen..
Tuesday, 9 October 2012
THIS IS TELUK CEMPEDAK !!
Alhamdulillah...
berkampung di kuantan tembeling resort bersama dengan keluarga abang-abang 2 minggu lepas....satu resort atau kondominium yang cukup mewah..gah berdiri di sebelah pantai teluk chempedak...sungguh osemm percutian ini walaupun terpaksa menggunakan khidmat rakan bagi urusan 'MC' pada hari isnin...hehe..
ini adalah kali pertama saya berkunjung di sini...terima kasih kepada abang dan kakak ipar kerana sudi menjemput saya untuk menyertai percutian free ini...antara beberapa perkara yang ingin dikongsi sepanjang percutian ni..
1) Pantai teluk cempedak ni tempat yg sgt 'hot' bagi pasangan yang bercinta..(Astargfirullahal azim)
2) Pantai ni dipenuhi oleh masyarakat cina..(mungkin orang cina founder tempat ni kot..sila belek sejarah sendiri)
3) Ada restoran makanan segera iaitu KFC, mcD dan burger king di tepi pantai ni..dan sangat kaya tokey mcD sebab restoran ni penuh dengan orang hingga 'drive thru' pun terpaksa beratur panjang.
4) Makan ikan bakar peta..(ikan ni dibakar bersama dengan petai didalam (1st time makan n saya agak ramai yg masih belum mencubanya)
hari kedua saya disini saya telah dibawa oleh abang-abang saya ke gambang waterpark..tempat ni osemm...(tapi lebih osemm di sunway lagoon kot)...agak frust sbb smua game yang ada tak boleh main sebab xde member nak teman...abang-abang semua pun tak boleh teman sebab kena jaga bocah kecil mereka..adoiyai...
so..malas nak taip panjang...kalo ada masa g la bercuti disini..pantai dia sgt best juga...tapi pantai ni penghujung jalan..so korang tak boleh naik kereta menyelusuri pantai..kena jalan kaki je..hihi...rumah yang saya tinggal tu rumah maybank..so kakak ipar yg dapat voucher tu..so kena bayar la dlm kadar yg sikit je..penjaga rumah tu kata..klo nak beli rumah aka kondo ni harga dia 500k je...terbeliak mata dengor...alhamdulillah...:)
berkampung di kuantan tembeling resort bersama dengan keluarga abang-abang 2 minggu lepas....satu resort atau kondominium yang cukup mewah..gah berdiri di sebelah pantai teluk chempedak...sungguh osemm percutian ini walaupun terpaksa menggunakan khidmat rakan bagi urusan 'MC' pada hari isnin...hehe..
ini adalah kali pertama saya berkunjung di sini...terima kasih kepada abang dan kakak ipar kerana sudi menjemput saya untuk menyertai percutian free ini...antara beberapa perkara yang ingin dikongsi sepanjang percutian ni..
1) Pantai teluk cempedak ni tempat yg sgt 'hot' bagi pasangan yang bercinta..(Astargfirullahal azim)
2) Pantai ni dipenuhi oleh masyarakat cina..(mungkin orang cina founder tempat ni kot..sila belek sejarah sendiri)
3) Ada restoran makanan segera iaitu KFC, mcD dan burger king di tepi pantai ni..dan sangat kaya tokey mcD sebab restoran ni penuh dengan orang hingga 'drive thru' pun terpaksa beratur panjang.
4) Makan ikan bakar peta..(ikan ni dibakar bersama dengan petai didalam (1st time makan n saya agak ramai yg masih belum mencubanya)
hari kedua saya disini saya telah dibawa oleh abang-abang saya ke gambang waterpark..tempat ni osemm...(tapi lebih osemm di sunway lagoon kot)...agak frust sbb smua game yang ada tak boleh main sebab xde member nak teman...abang-abang semua pun tak boleh teman sebab kena jaga bocah kecil mereka..adoiyai...
so..malas nak taip panjang...kalo ada masa g la bercuti disini..pantai dia sgt best juga...tapi pantai ni penghujung jalan..so korang tak boleh naik kereta menyelusuri pantai..kena jalan kaki je..hihi...rumah yang saya tinggal tu rumah maybank..so kakak ipar yg dapat voucher tu..so kena bayar la dlm kadar yg sikit je..penjaga rumah tu kata..klo nak beli rumah aka kondo ni harga dia 500k je...terbeliak mata dengor...alhamdulillah...:)
ini anak sedare saya..
pemandangan di balkoni rumah..:)
Thursday, 27 September 2012
Aku VS Saya
Assalamualaikum..
hupdet belog sikit ari ni...agak janggal juga ye apabila saya tetiba ada blog sendiri...ianya bagaikan satu magis..haha. dulu sy sering impikan untuk memiliki blog sendiri..ok fine..ini tak berkaitan dengan tajuk di atas...
so, sepanjang membaca blog. saya sering terfikir apakah laras bahasa a.k.a gaya bahasa yg sesuai bagi menggantikan nama diri yg pertama bagi diri penulis (iaitu saya lah) samada menggunakan saya, aku atau patik atau beta?huishh..satu kemusykilan..tapi blog ni asal tujuan penubuhan adalah untuk kongsi ilmu..so apekah yg perlu saya guna untuk menceritakan tentang pengalaman hidup serta ilmu yg akan saya kongsikan kepada anda semua (macam la ramai pembaca blog saya ni)..so..mungkin utk penulisan berbentuk gila2 sy akan guna 'aku' dan untuk ilmiah sy guna 'saya'...how ah bloggers semua?pening...hahaha..
hupdet belog sikit ari ni...agak janggal juga ye apabila saya tetiba ada blog sendiri...ianya bagaikan satu magis..haha. dulu sy sering impikan untuk memiliki blog sendiri..ok fine..ini tak berkaitan dengan tajuk di atas...
Sunday, 23 September 2012
Alhamdulillah....berbaloi
pulang ke kampung halaman minggu ini....pertamanya melepaskan tekanan
(walaupun xtertekan) ViVa dan kelas yang tiada serta pulang untuk menyambut
ulangtahun kelahiran ibu yang tersayang puan faizah binti yusoff pada 23 september.....saya telah menjadi
dalang dalam mengingatkan adik beradik yang lain akan tarikh hari lahir ibu
saya....saya telah meminta mereka untuk mengeluarkan duit sebanyak $100 setiap
orang untuk membelikan hadiah..oleh kerana mempunyai keluarga yang agak besar
dan yang telah bekerja pon dah 8 orang so...saya telah dapat kumpul sebanyak
$800 kesemuanya....pada petang sebelum itu saya telah berbual dengan ma
(panggilan manja gitu) hehe....berkenaan dengan hasrat dia untuk memiliki
perabot rumah...dapur memasak serta meja makan di bahagian dapur kering amat
diimpikannya...dan dia pun bersedia untuk membeli barangan itu kerana duit yang
diberikan abang2 sebelum ni dah cukup....
Pada
22 september..saya telah menelefon abang <bro fadhli> dan beliau mengajak
untuk makan2 bersama famili di restoran nasi ulam cikgu (antara restoran paling
femes untuk makan tengah hari di kota bharu) bagi meraikan hari jadi ibu kami..ma
agak terkejut kerana antara salah satu keinginan dia ialah untuk bersama dengan
famili makan bersama di restoran tersebut....selepas makan....saya meminta ma
untuk pulang dahulu dengan kereta lain kerana saya bersama abang <bro alkahp
dan kakak ipar <puan azifah> ke kedai bagi membeli meja dan dapur yang
diinginkan...kali ni ma berasa pelik kerana kami tidak mengajak mereka untuk
shopping dan pelik kerana meminta beliau untuk naik kereta yang lain pulang ke
rumah.....selepas berhijrah dair satu kedai ke satu kedai yang lain akhirnya
kami telah bersepakat untuk membeli meja makan dan satu dapur untuk ma.....
Sampainya
di rumah...kakak ipar yang satu lagi tersenyum dan menceritakan bahawa ma telah
beberapa kali bertanya beliau tentang kami...pada malam itu jam 1 pagi...saya
telah memasang dapur itu seorang diri setelah ma lelap dibuai mimpi...niat di
hati ingin membuat kejutan apabila ma bangun pagi esoknya dia dapat melihat
perubahan di dapurnya...hehehe...selepas siap memasang dapur,,,saya mengahantar
satu lagi SMS kepada adik beradik untuk menelefon ma selepas solat subuh
keesokan paginya...dan ternyata semasa bangun untuk solat subuh beliau terkejut
kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena di dapur,,,saya berpura-pura
pejamkan mata dan memekakkan telinga apabila dia bertanya tentang dapur
tersebut...selepas itu telefonnya tidak putus menerima panggilan dari anak-anaknya
yang ramai itu.....beliau tersenyum panjang pagi ini...
Satu
lagi kejutan bakal dihadapi oleh ma apabila abang saya datang bagi mengemas
rumah (tujuannya untuk meletakkan meja makan hadiah) dan ma bertanya apakah
tujuan kami mengemas bahagian dapur kering itu...abang saya menjawab kerana
ingin memudahkan ma untuk meletakkan meja makan apabila ma membelinya nanti....setelah
hampir 90% siap mengemas...saya mendapat satu panggilan dari kedai perabot
bertanya tentang alamat rumah kami kerana mereka sudah dalam perjalanan bagi
menghantar meja.....kejutan bagi ma apabila beliau kaku apabila satu lori besar
datang kerumah dan menghantar meja..beliau tersenyum dan speechless kerana
semua impian dia telah termakbul.......beliau agak terharu dan habis semua
sedara yang tinggal berdekatan rumah menadah telinga mendengar cerita yang
telah di lakonkan oleh anak-anak mereka...
Last
but not least..selamat hari lahir ma..semoga ma dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki...mendapat
redha ilahi serta insyaAllah jika tak de aral saya akan bawa ma ke mekah untuk
menunaikan umrah bersama dengan famili yang lain serta mungkin zaujah jika saya
berkahwin awal..hehe...amin ya Rabbal alamin...:)
TGNA...demonstrasi dan Aku?
Alhamdulillah..beberapa
hari lepas 21 september 2012 sekali lagi saya dapat mengucup tangan ulamak
merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat semasa kuliah pagi di medan ilmu kota bharu..alhamdulillah
saya sekali lagi juga dapat berada di pentas utama bersama dengan beberapa
pengikut Tuan Guru bagi mendengar secara ‘direct’ kuliah yang disampaikan...Tuah
saya pada hari ini kerana dapat dipertemukan dengan Tuan Guru kerana beliau
sebelum ini sudah 4 minggu tidak dapat hadir ke kuliah ilmu kerana atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka hari ini merupakan kali pertama
dalam bulan zulkaedah beliau menyampaikan kuliah.
Hari
ini tuan guru membicarakan berkenaan dengan surah al fussilat namun tidak
sempat menghabiskan dengan baik kerana dia lebih terdorong untuk memperkatakan
tentang perbezaan ayat pertama al baqarah :1 iaitu alif lam min dan satu lagi
surah iaitu asy-syarh :94 ..3 huruf yg sama yg digunakan iaitu huruf alif, lam
alif dan mim..tetapi dapat dibaca dengan dua jenis bacaan..Tuan Guru mengaitkan
tentang bagaimana Rasulullah SAW dapat membezakan cara bacaan dua surah ini
namun Rasulullah SAW tidak pernah belajar untuk mengenalinya secara khusus yang
mana ianya tidak lain tidak bukan kerana kehendak dan mukjizat yang dikurniakan
oleh Allah SWT Beliau menggunakan contoh
sebagaimana seorang tua yang ingin meminta sepinggan nasi dengan kata-kata “nak
nasi sepinggan” tetapi apabila si pemberi nasi itu menulis perkataan “nak nasi
sepinggan” di atas kertas dan dia meminta orang tua tersebut untuk membaca maka
orang tua tu akan menjawab “apa yang kamu tulis?aku tidak pandai membaca dan
tidak pernah belajar membaca”.
Tuan
Guru juga menyatakan kenapa surah terakhir dalam al-Quran iaitu an-nas pada
huruf terakhir dalam setiap ayat iaitu sim tidak ada tanda mati tetapi
diletakkan baris dibawah huruf sim itu. Ini adalah kerana, 2 cara bacaan yang
boleh dibaca pada surah ini iaitu dengan mematikan atau berhenti dalam setiap
ayat ataupun terus meyambung secara terus. Oleh itu, semasa bacaan ayat keenam
sim itu terus disambung dengan basmallah untuk bacaan surah al-baqarah
semula..kesimpulannya, bacaan al-Quran tidak akan terhenti hingga surah an-nas
sahaja tetapi terus disambung dan disambung dan disambung setiap kali tamat
atau khatam satu Quran...subhanAllah..sungguh hebat ciptaan kalamulLah ini, dan
ini merupakan ilmu baru yang saya pelajari pada hari ini..dan moga-moga ilmu
ini dapat memberikan manfaat supaya ianya boleh saya sampaikan semasa berusrah
dengan adik-adik dan sahabat handai. Usai saja kuliah....seorang pimpinan PAS
telah mengambil alih majlis dengan berbicara tentang filem penghinaan ‘innocence
of muslim” yg jelas menghina Nabi Khatamul Anbiya’ kita Muhammad SAW....saya
juga terkejut kerana pimpinan PAS semuanya berdiri di pentas utama kuliah pagi
dan terus berhujah mengenai perlunya kita menentang perkara mungkar ini...antara
yang hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri
Kelantan,YB. Abdul Latif Ab. Rahman turut sama pada program ini Setiausaha
Akhbar YAB.Menteri Besar,Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari,YB. Hjh. Wan Ubaidah
Omar,YB. Hjh Rohani Ibrahim,YB. Hjh. Siti Zailah Mohd Yusoff,Ketua Angkatan
Muda Keadilan serta beberapa yang lain, tidak
hairanlah semasa TGNA menyampaikan kuliah terdapat beberapa orang ‘volunteer’
membahagikan ‘headband’ yg tertulis WE <3 Muhammad dan saya juga turut
mendapat satu...rasa bangga kerana dapat berdiri di tepi pimpinan tertinggi PAS
Kelantan....semasa ucapan TGNA....beliau meminta kita semua jangan hanya
memboikot yahudi dengan demonstrasi jalanan sahaja, malahan yang utamanya kita
memboikot dan tidak membeli keluaran yahudi (contohnya Mc Donalds).... YAB. Tuan Guru di beri penghormatan untuk membakar
replika vcd filem Innocence of Muslims sebagai gimik serta tanda protes kepada
pengarah filem tersebut yang menghina Nabi Muhammad S.A.W....pulang ke rumah dengan hati yang berbunga dan perasaan sedih
kerana sanggup yahudi laknatulLah mempersendakan agama Islam dan kekasih
Allah...:’(
<beberapa keping gambar yang dapat di lihat..saya berada di sebelah kanan orang yang pegang banner tu..tapi sayang xmasuk dalam gambar..huhu)
Wednesday, 19 September 2012
oh ViVa!!!...perlu ke rasa gementar?
Assalamualaikum...
oh ViVa....satu perkara yg akan menghantui guru pelatih yang menuntut di institut pendidikan guru...sejak semalam saya pelik dengan diri saya..tak tahu kenapa...sepatutnya org yg akan ViVa akan risau + tak boleh tidor + gementar + n lain2...tapi saya pelik dengan diri saya...masih tak rasa apa-apa....aish..selepas berjumpa dgn pensyarah saya menyatakan perihal diri saya..dia tersenyum dan mengatakan "awak dah confident tu..so tak payah risau...kalau kajian tu awak buat dengan sendiri so awak xakan rasa neves pon" alhamdulillah saya berasa lega dengan penyataan itu..menjelang petang saya berjumpa lagi dengan seorang pensyarah dari jabatan yang sama. beliau sempat bertanya tentang siapakah yang akan menjadi panel saya.. setelah memberitahu beberapa nama.. beliau terkejut dan meminta saya untuk berhati-hati dan bersedia...
selepas selesai solat berjemaah maghrib saya mendapat satu mesej dari pensyarah tadi.. beliau mengatakan bahawa panel yg menjadi pembaca kedua saya mengatakan bahawa kajian saya OK dan beliau mengucapkan tahniah..ya Allah satu lagi kelegaan yang datang dan singgah di hati dan perasaan saya...saya juga berasa lega kerana mendapat beberapa mesej daripada beberapa orang sahabat yg mendoakan saya dipermudahkan sepanjang viva..terima kasih kepada semua...
pagi ini...selepas membuat beberapa persediaan dengan berkemeja putih seperti seorang pekerja GSC (Golden Screen Cinema) kata temanku..saya bertolak dari rumah ke maktab tepat jam 10.40 pagi...
sebaik sahaja nama saya dipanggil untuk masuk ke bilik..debaran masih belum tiba...ya Allah sungguh hairan...dan selepas set up laptop sy terus memulakan pembentangan saya selepas mendapat 'green light' dari moderator...alhamdulillah segalanya lancar..walaupun ada sedikit gagap..selepas loceng pertama dibunyikan iaitu minit ke 15 saya sudah berada di slide yang terakhir...sesi soal jawab bermula sebaik selesai saya mengucapkan terima kasih..
semasa sesi Q&A (question answer) saya telah ditanya berkaitan dengan kesesuaian tajuk dan laporan yg dibuat..panel meminta saya untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi tajuk tersebut..seterusnya saya turut tersenyum dan bersyukur apabila pensyarah telah menolong saya dalam mencari sumber rujukan yg mana saya tidak nyatakan di dalam lampiran rujukan..(peh..rasa mcm nak cakap iloveu DR) hehe...dan beberapa lagi teguran yg majoritinya berkenaan dengan teknikal...
so malam ni...saya akan pulang ke kampung...doakan saya selamat ye semua..:)
so malam ni...saya akan pulang ke kampung...doakan saya selamat ye semua..:)
Monday, 17 September 2012
newbie? yup and always..:)
Assalamualaikum...salam sejahtera....setelah menunggu hampir 23 tahun 8 bulan akhirnya tercapai sudah saya untuk memiliki blog sendiri..terima kasih kepada sahabat baik miss-tweety89.blogspot.com kerana mengajar saya secara tidak langsung bagaimana untuk mewujudkan sebuah blog sendiri..tapi sadisnya blog ini dicipta ketika pensyarah sedang mengajar di hadapan..teruk betul...tp semua ilmu yg dikongsikannya hari ini saya faham dan simpan dalam memori saya ye..hehe...terima kasih sudi baca dan saya berharap dapat menulis banyak kisah-kisah berkenaan dengan kehidupan saya sepanjang usia..insyaAllah.."doakan aku teman".....:)
Subscribe to:
Posts (Atom)